PELUANG PERNIAGAAN LAT

23:46 Luke Lobster Malaysia 0 Comments

Lobster Air Tawar boleh dijadikan sebagai alternatif untuk Peluang Perniagaan yang menjanjikan, terdapat 3 peluang dalam Perniagaan Lobster Air Tawar, iaitu:

1. Pembesaran Lobster Air Tawar sebagai Lobster Penggunaan
2. Nurseri atau Pembenihan Lobster Air Tawar Penggunaan
3. Pengembangbiakan Lobster Air Tawar Hias

Kuntungan dalam perniagaan Lobster Air Tawar ialah, Lobster Air Tawar adalah haiwan air yang cenderung mempunyai daya tahan lebih terhadap penyakit, termasuk dalam sekala "mudah" dalam pemaju biakannya, dan harga yang masih tinggi untuk jenis Lobster Hias. Sebagai Haiwan Omnivora atau Pemakan Segalanya, Kos Operasi boleh di maximumkan serendah mungkin,

Kekurangan perniagaan
Pembesaran Lobster Air Tawar memerlukan masa yang cukup lama kurang lebih 5 bulan, jadi perolehan yang diterima juga menunggu masa penuaian Lobster Air Tawar. Sehingga setiap harinya hanya kos operasi sahaja yang dikeluarkan, manakala perolehan dan keuntungan baru boleh diperolehi selepas penuaian Lobster. Selain itu kebersihan air kolam dan pemberian makanan juga harus diperhatikan, kerana Lobster adalah Haiwan Air yang menuntut Kualiti Air yang bagus dan Kandungan Oksigen yang Tinggi, Lobster boleh mati jika perawatannya kurang terjaga.
Pasaran yang Masih kecil dan sangat Tidak Stabil juga termasuk kekurangan dalam perniagaan ini

Pemasaran
Pemasaran usaha ini lebih mengandalkan menjaga kualiti hasil tuaian Lobster Air Tawar yang bagus dan harganya juga bersaing. Sehingga secara tidak langsung pemasaran dibantu dari promosi melalui mulut ke mulut. Selain itu boleh juga menjalin kerjasama dengan para peniaga ikan di Pasar ikan Hias, atau pelaku perniagaan makanan yang memerlukan persediaan Lobster Air Tawar. Peluang pasaran boleh lebih luas, jika anda mensasarkan industri Pelancongan sebagai sasaran pasaran perniagaan Pembesaran Lobster Air Tawar, seperti Hotel Berbintang, cotage atau Restoran Skala Besar, maupun Industri Retail, Perkulakan dan Hypermarket, sehingga pasaran untuk produk anda stabil dan memberangsangkan.

Boleh di katakan Pemasaran adalah Kunci Kejayaan atau gagalnya Perniagaan Lobster Air Tawar, selama anda boleh mencari dan menjaga pasaran, selama itulah keuntungan akan anda raih!
Siapkah anda Bersaing dan Sudah Tepatkah Strategi anda dalam Menjalankan Perniagaan?

Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang mempunyai lobster air tawar.

Untuk keterangan lanjut hubungi 011-2723 6417

0 comments: