CARA MERAWAT BENIH LOBSTER

21:27 Luke Lobster Malaysia 0 Comments

1. Ketika semua anak udang telah turun dari tubuh induknya, segera pisahkan anak dengan ibu bapa untuk mencegah agar anak udang itu tidak dimakan oleh ibu bapa.

2. Jagalah suhu air aquarium pada suhu 27 - 29 darjah celcius agar tidak ada cendawan yang melekat pada tubuh anak lobster sehingga boleh menyebabkan kematian. Sebaiknya menggunakan water heater yang banyak di jual di tukang aquarium. Harus diingat juga bahawa suhu tersebut juga jangan terlalu panas seperti 30 darjah kerana anak lobster akan terkejut dengan perubahan suhu yang terlalu drastik dan akhirnya akan mati juga.

3. Berikan makanan sekitar 2x sehari pada waktu siang dan malam hari. pemberian makanan untuk anak-anak udang cukup 1/5 sudu teh dengan syarat bahawa makananannya perlu ditumbuk sehingga menyerupai pasir agar mudah untuk dimakan.

4. Jagalah air agar tetap jernih, jika air sudah mula kotor seaiknya ganti 20-30% jumlah air yang ada di bahagian bawah.

5. Yang terpenting! Berikan garam air secukupnya (bergantung volume air). Garam air ini juga boleh dibeli di tukang aquarium / ikan.

Biasanya selepas melahirkan, induk akan moulting (ganti kulit), Jadi sebaiknya dipisahkan dari lobster lain untuk mencegah kanibalisme.


Lobster air tawar adalah hasil dari home breeding Luke Lobster.
Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang mempunyai lobster air tawar.
Untuk keterangan lanjut hubungi 011-2723 6417

0 comments: