Tahukah Anda Bahawa Anda Boleh Menternak Lobster Air Tawar Dengan Mudah?

01:30 Luke Lobster Malaysia 0 Comments

Lobster ataupun dikenali sebagai udang kara adalah makanan yang mendapat tempat di restoran-restoran eksklusif ataupun di hotel-hotel di banyak tempat di dunia.Harga lobster siap masak dalam lingkungan RM200 untuk kira-kira 5 ekor lobster.

Oleh kerana permintaan yang tinggi dan dalam masa yang sama bekalan lobster air laut semakin berkurangan, kini sudah mula ada penternak yang memulakan penternakan Lobster air tawar. Lobster air tawar ini adalah 100% menggunakan air tawar.


Faktor ini berikut pasti membuat anda teruja untuk melibatkan diri dengan industri pembiakan Red Claw ini :

1) Pasarannya sangat luas disebabkan bekalan yang kurang dan hampir tiada.
2) Kos operasi seperti makanan,elektrik,air dan lain-lain yang rendah dan tidak
    menekan sama sekali. (Jangan terperanjat dengan kos makanan yang amat rendah)
3) Boleh ternak dalam bangunan, kos permulaan yang relatif murah.
4) Kadar kematian yang sangat rendah dan hampir tiada penyakit.
5) Ketahanan lobster jenis Red Claw yang luar biasa.
6) Kadar pengeluaran telur dan penghasilan anak yang sangat tinggi.
7) Keluarkan benih sendiri dan membuat makanan sendiri tanpa bergantung kepada
    mana-mana pembekal.
8) Harga pasaran yang tinggi.
9) Alternatif kepada lobster air laut yang sangat mahal.

Lobster air tawar adalah hasil dari home breeding Luke Lobster.
Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang mempunyai lobster air tawar.
Untuk keterangan lanjut hubungi 011-2723 6417

0 comments: